Jumaat, 2 September 2016

PERASMIAN BLOG DARWISY & DARWISYAH


ﺃﻟﺳﻶﻡ ﻋﻟﻳﻜﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔﺍﷲ ﻭﺑﺭﮐﺎﺗ


Alhamdulillah. 

Akhirnya berkesempatan juga kami menghasilkn blog ini setelah beberapa kali tertangguh disebabkan kesibukan rutin kerja harian. Semoga kehadiran blog ini dapat membantu pelanggan-pelanggan dan juga bakal pelanggan-pelanggan kami untuk melihat lebih dekat lagi akan produk dan perniagaan ini. 

Kami akan cuba mengemaskini blog ini sekerap mungkin dengan memuat-naik produk-produk dan aktiviti terkini. Diharap dengan ini, akan menjadi info sampingan tuan-puan semua. Kami juga amat mengalu-alukan komentar-komentar daripada semua pihak baik pelanggan mahupun mereka yang sudi berkunjung ke dalam laman blog ini. 

Apa yang lebih penting dan kami harapkan adalah sokongan daripada semua, semoga dengan doa dan sokongan ini kami dapat terus ke hadapan dan seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada semua melalui perniagaan ini. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 Jiakreatifelt ™. All rights reserved. | Sign in

HOME|Top of page