Jumaat, 7 Oktober 2016

MUHASABAH SEBELUM KEMBALI MENGHADAP ALLAH

Perkongian Video Ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dari slot Mau’izati, Radio IKIMfm




Video ini bole jg didapati dlm bentuk teks.. Penulisan oleh Fairuz Hj Noordin.

Berikut adalah catatan nota utk peringatan sendiri ;)

KITA perlu sentiasa bermuhasabah setiap apa yang kita lakukan di dunia. 

Di dalam firman-Nya yang bermaksud : 

Wahai Orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang disediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan
(Surah Al-Hashr:18). 

Rasulullah SAW juga menyebut, 

Orang yang paling cerdik di kalangan kamu bukanlah yang mempunyai rumah yang besar, berjawatan tinggi, mempunyai rupa paras yang indah, tetapi orang yang mempersiapkan dirinya dan dia beramal untuk amalannya selepas kematian nanti. Dan orang yang paling bodoh di kalangan kamu bukan orang yang tidak berpendidikan tinggi tetapi sebaliknya orang yang hidupnya mengikut dan leka dengan hawa nafsunya, kemudian dia meletakkan angan-angannya kepada Allah.


CARA BERMUHASABAH


  • Beriktikaf
  • Bangun bertahajud pada malam hari
  • Menyendiri (Waktu sebelum tidur, lihat kembali dosa-dosa yang telah dilakukan, menilai ganjaran pahala sepanjang hari tersebut)
Rasulullah SAW menyebut, 
Ada tiga perkara yang mengiringi jenazah ke kuburan iaitu ahli keluarganya, harta bendanya dan amalan yang akan dibawa menghadap Allah nanti. Tetapi yang kekal bersama jenazah hanyalah amalannya, manakala ahli keluarga dan segala harta bendanya akan pulang dan meninggalkannya berseorangan di dalam kubur.
Kehidupan setiap manusia pada setiap detik, semakin dekat dengan kematian. Allah SWT menegaskan, pandanglah apa yang kamu hendak bawa untuk menghadap di hadapan Allah nanti.


PERKARA YG PERLU DIMUHASABAH


A. MASA YG DISIA-SIAKAN

Masa yang berlalu dengan sia-sia  tanpa digunakan untuk melakukan amalan-amalan yang terbaik untuk diri kita. Dengan sikap sering mensia-siakan masa, kita tertinggal untuk melakukan tiga perkara di dalam kehidupan ini. 

1. Memperkukuhkan akidah dan keyakinan kepada Allah, tetapi sebaliknya terlalu leka memperkukuhkan keyakinan terhadap dunia berbanding akhirat.
2. Memantapkan ibadah kepada Allah SWT. Masih ramai antara kita yang tidak menutup aurat, culas dalam mendirikan solat dan masih bergelumang dengan maksiat, tetapi kadang-kadang membiarkan hawa nafsu menghalang diri daripada beribadah kepada Allah. Untuk menegaskan tentang kesempatan yang perlu diambil untuk menyempurnakan ibadah, Allah SWT mengingatkan: 
“Berlumbalah kamu dalam kamu melakukan perkara-perkara yang baik”. 
3. Memperbaiki akhlak yang masih lagi belum sempurna, iaitu akhlak kita dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dengan Allah SWT. 
    • Akhlak dengan jiran tetangga, kunjung mengunjung dan saling senyum . 
    • Akhlak dengan anak-anak, dengarlah bicara anak jangan sibuk dengan handphone. 
    • Akhlak dengan Allah, rajinkan diri baca Al-Quran dan zikir.

        B.HARTA BENDA YG DIMILIKI

        Perkara kedua yang perlu dimuhasabah ialah terhadap harta benda yang dimiliki, kerana ia pasti akan disoal oleh Allah SWT nanti.  Rasulullah SAW menyebut: 
        “Telapak kaki kamu tidak akan berganjak daripada Padang Mahsyar nanti, sehingga Allah bertanya kepadanya tentang empat perkara. Iaitu tentang harta benda kamu, daripada mana kamu memperolehinya, ke mana kamu membelanjakannya. Tentang umur, ke mana telah kamu habiskannya, tentang waktu muda dimanakah kamu menghabiskannya.” 
        Dalam mengejar harta benda, jgn lupa:

        • Zakat
        • Sedekah
        • Infak harta ke jalan Allah

        Peringatan:

        1. Orang yang telah meninggal minta dihidupkan semula untuk bersedekah. 
        2. Anak-anak berebut harta benda si mati, si mati akan dipersoalkan. Adalah lebih baik sekarang kita infakkan harta ke jalan Allah. Sebenarnya infak adalah untuk diri kita apabila menghadap ke jalan Allah. Fikirkan harta kita adalah untuk agama dan bukannya untuk diri sendiri.

        C. AMALAN

        Selain itu bermuhasabahlah di dalam soal amalan terutamanya solat, kerana ramai di antara kita yang cuai di dalam urusan mendirikan solat. 

        Peringatn:

        1. Solat Fardhu di awal waktu
        2. Jaga solat berjemaah
        3. Tahajud jdkn amalan


        Jangan tinggalkan solat tahajud

        • Cara Rasulullah Tidur- Bangun Bertahajud- Tidur. Orang Melayu tidak digalakkan sebab akan jadi Tidur - Bangun - Tidur - Bangun Lewat Subuh. 
        • Org Melayu Lebih baik tidur, bangun menjelang subuh. Bangun solat sunat dua rakaat.

        D. DOSA-DOSA

        Dosa-dosa ini merupakan tekanan dan bebanan kepada diri, mereka yang hidup di dalam keadaan berdosa tidak pernah merasa bahagia dan sentiasa hidup di dalam kecelakaan dan celaan.Oleh itu banyakkan memohon ampun kepada ALLAH selagi kita berpeluang melakukannya.

        Takut la kita, jika nyawa diambil dalam keadaan kita tidak sedia. Sentiasa la memuhasabah diri. Supaya kita lebih bersedia apabila menghadap Allah kelak.





        1 ulasan:

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
         

        Copyright © 2016 Jiakreatifelt ™. All rights reserved. | Sign in

        HOME|Top of page